Penggunaan ICT dalam pengajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah dilaksanakan mulai Januari 2003. Pelbagai pertanyaan telah muncul kerana masa untuk melaksanakan dasar ini agak singkat. Antara persoalan yang muncul ialah kompetensi guru menggunakan ICT dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran yang akan berlaku di dalam bilik darjah dengan kemudahan asas yang serba kurang. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan tujuan untuk meninjau bagaimana guru melaksanakan P & P dalam bilik darjah secara dekat. Maklumat dikutip melalui pemerhatian dan temubual dengan guru dan murid. Dapatan menunjukkan bahawa komputer dan CD menggalakkan pembelajaran aktif di kalangan pelajar dan suasana pembelajaran dalam bilik darjah adalah lebih >seronok dan kondusif berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran cara tradisional.
