Google
 

Teknologi Elektronik Sebagai Alat & Media Baru Dalam Seni Visual

>

Teknologi elektronik; tempias teknologi maklumat dan agen transportasinya telah mula menular di dalam perkembangan seni tampak. Ia bakal dan akan menjadi aliran baru yang mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya. Jika dilihat pengamal seni di Malaysia masih lagi takut untuk melakukan sedikit anjakan evolusi minda. Hakikat terhadap berus, cat dan kanvas sebagai alat dan media unggul tidak seharusnya diketepikan tetapi perlu dikembangkan. Sekarang ini komputer, perisian dan skrin elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya. Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh mengujudkan kepelbagaian disiplin seni yang mampu memberi pilihan kepada generasi hadapan. Sekaligus tranformasi seni ini boleh dijadikan pemangkin kepada pendidikan dan pengajaran. Tidak dapat dinafikan generasi sekarang dan akan datang telah dan terus terdedah kepada perkembangan teknologi dunia.
Sumber: Wan Jamarul Imran B. Wan Abdullah Thani